Penulis : Teme Abdullah
Keluaran : Iman Publication
ISBN : 978-983-2423-43-0
Harga : RM 30 Sem. Malaysia
RM 33 Sabah/Sarawak
Sinopsis Buku :
To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap,
"Belajarlah kerana Allah."
setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh
nak give up...
Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.
Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah
ayat-ayat daripada budak-budak usrah.
Tapi sebenarnya kan...
Aku tak pernah faham pun maksud
'belajar kerana Allah' tu.
Sinopsis dari Aku :
Meskipun usianya masih muda, namun pengalaman yang pernah Teme hadapi, kecekalannya, kebijaksanaanndan tawaduknya Teme membuatkan dia luar biasa dan lain dari remaja yang lain.
Saya kagum dengan ketekunan Teme, minat melukis yang mendalam sehingga dia pernah senyap-senyap berniaga kecil-kecilan, mengambil tempahan membuat printing bajudan terlibat dalam design baju sehingga dalam akaunnya mencecah RM80K ketika dia baru sahaja berusia 19 tahun. Dan dalam masa yang sama, Teme sedang mengambil A-Level untuk menyambung pengajian di luar negara.
Saya kagum dengan ketekunan Teme, minat melukis yang mendalam sehingga dia pernah senyap-senyap berniaga kecil-kecilan, mengambil tempahan membuat printing bajudan terlibat dalam design baju sehingga dalam akaunnya mencecah RM80K ketika dia baru sahaja berusia 19 tahun. Dan dalam masa yang sama, Teme sedang mengambil A-Level untuk menyambung pengajian di luar negara.
Buku Arkitek Jalanan nih sambungan dari buku Pelukis Jalanan. Dalam buku nih diceritakan bagaimana penulis berhempas pulas menulis buku Pelukis Jalanan di saat tahun akhir.
Dalam buku nih ada 22 bab dan semua bab best.. Antara cerita yang ada dalam buku nih :
- Kisah orang yang judge orang tanpa kenal siapa orang yang dia judge
- Kisah Teme yang bagi galakan dekat Ahmad untuk buktikan Student Melayu boleh dapatkan First Class dan itu bukan mustahil.
- Kenapa perlu gunakan tittle agama ? dan adakah dengan jadi Arkitek itu, nilai agama hilang ? Adakah dengan tidak bergelar ustaz atau orang agama, tidak layak digelar alim ?
- Kisah manuskrip Pelukis Jalanan disampahkan
- dan kisah bagaimana dua sahabat yang saling menguatkan antara satu sama lain.
Bagi aku, buku nih, banyak menimbulkan persoalan dan pemikiran yang bertentangan dengan arus yang orang zaman sekarang buat. Dan apa yang difikirkan oleh Teme adalah sama dengan apa yang aku fikirkan, cumanya aku tak tahu nak fahamkan masyarakat macam mana dan aku harap dengan penulisan Teme membuka pemikiran masyarakat kita terutamanya isu Penunggang Agama yang semakin hari, semakin parah. Melalui buku nih, aku rasa Teme beruntung dikurniakan sahabat sebaik Ahmad yang sentiasa sedarkan saat Teme leka dengan nikmat dan Ahmad pun beruntung ada kawan yang sentiasa bagi dorongan untuk Ahmad di saat Ahmad give up.
Antara quotes yang best dalam buku nih :
Datang sini nak belajar, bukan main-main
Inilah perangai orang kita, Kalau orang tak buat, kita tak ikut. Suka ikut orang, tak pernah fikir untuk jadi berani dan buktikan kita boleh.
Peniaga ni ada dua golongan. Golongan pertama ialah orang yang berniaga sebab nak majukan Islam. Golongan kedua pula ialah orang yang gunakan Islam untuk maju berniaga.
Kau dah tumbuh sayap dah pun. Tapi kau takut nak terjun dan terbang. Kau perlukan tolakan keyakinan oleh seseorang.
Bila ujian datang ketuk kau ke bawah, kau down macam inilah penghujung dunia.
Tidurlah, teruskan bermimpi. Teruskan angan-angan. Dan orang yang mengambil keputusan untuk tidak hanya bermimpi akan bangun kejar, mimpi itu. Sedangkan kau masih tidur.
No comments:
Post a Comment